Kerjaya penyiaran Azaria Tagaya

Sebelum menyertai TV3, Azaria memulakan kerjaya awalnya sebagai kakitangan bebas di syarikat penerbitan dan pernah berkhidmat dengan beberapa stesen TV lain. Antaranya beliau pernah menjadi pelatih amali dan penolong penerbit di Astro Awani. Sewaktu bersama Astro Awani, beliau turut menulis sendiri skrip dan menunjukkan minat dan bakat terpendam yang dimiliki sebagai penyampai berita. Beliau seterusnya menjadi pengacara rancangan Hello On 2 di TV2, kemudian muncul sebagai pengacara di EC Inspirasi di HyppTV (kini Unifi TV) selama beberapa tahun.[2][1]

Beliau juga pernah bersama sebuah produksi alih suara kartun animasi kanak-kanak beberapa tahun lalu[3] dengan menyumbangkan suaranya untuk sebuah siri animasi Perancis yang dialih suara ke Bahasa Melayu dan Inggeris untuk siaran di Astro Ceria. Azaria menyertai TV3 pada 2014 selepas mengambil bahagian dalam sesi uji bakat terbuka pembaca berita yang diadakan di Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, UiTM semasa mengambil skrol ijazah.[2]

Beliau pada mulanya tidak terfikir untuk menjadi penyampai berita TV3, kerana semasa menjadi pelatih amali, Azaria melakukan pelbagai tugasan yang meliputi rancangan pelbagai genre termasuk hiburan dan kembara.[2]

Rujukan

WikiPedia: Azaria Tagaya https://www.instagram.com/@tagayaaa/ https://www.hmetro.com.my/rap/2021/06/720297/saya-... https://www.hmetro.com.my/rap/2021/09/755501/pergi... https://www.hmetro.com.my/rap/2021/12/786372/azari... https://www.hmetro.com.my/selebriti/2021/09/756577... https://www.hmetro.com.my/utama/2021/06/718443/pem... https://www.mstar.com.my/spotlight/hiburan/2021/06... https://peraktoday.com.my/2016/11/azaria-luaskan-p... https://sinarplus.sinarharian.com.my/cover-sinarpl...